Pengurusan kewangan / Simpan emas / Tips

EMAS PENYELAMAT

16729265_1544801098880672_8025776587094466882_nPernah tidak menghadapi masalah duit tunai untuk menyelesaikan beberapa urusan penting? Situasi ini biasanya berlaku ketika di pertengahan bulan sebelum gaji bulan seterusnya tiba.

Tabiat salah yang biasa dilakukan adalah sama ada dengan mengorek duit tabungan di bank, meminjam dari ahli keluarga atau rakan sekerja dan lebih menyedihkan, meminjam dari ah long. Ketiga-tiga tindakan ini amat bertentangan dengan tindakan yang sepatutnya. Ianya jika dibiarkan berterusan diamalkan dalam kehidupan, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri malahan melibatkan ahli keluarga.

Maka, antara penyelesaian terbaik dalam mendepani masalah sebegini adalah dengan menyimpan emas. Pernah tidak mendengar orang kata, “Hendak pakai duit, ada emas dia tidak menghadapi masalah. Hendak pakai duit, tiada emas dia menghadapi masalah”. Perkara ini secara realitinya berlaku dalam kehidupan masyarakat.

Sesiapa yang ada menyimpan emas, satu kelebihan yang dia boleh lakukan adalah dia boleh memajakkan emas simpanannya di mana-mana institusi Ar-Rahnu yang berdekatan untuk mendapatkan tunai segera. Maka, individu ini tidak perlu berhadapan masalah untuk berasa malu melakukan peminjaman dari keluarga, rakan atau ceti haram untuk memenuhi keperluan segeranya.

15095450_10211290108352684_2329895170955313073_n

Sebaik sahaja telah menerima gaji bulanan atau ada duit lebihan, individu ini boleh menebus semula emas miliknya di institusi Ar-Rahnu dan ini satu kelebihan kerana selain masalah dihadapi selesai ditangani malah dalam masa terdekat, dia boleh mendapatkan semula emas miliknya untuk disimpan kembali.

Perkara ini bukan baharu. Ini telah dilakukan oleh ramai orang yang celik dan faham fungsi emas dalam kehidupan. Atas sebab ini, jika anda berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah di Kelantan, kebanyakan peniaga wanita di sana menyimpan emas sebagai modal pusingan perniagaan atau untuk perlindungan simpanan.

Sebab itu pakar kewangan di Malaysia, Tuan Azizi Ali (penulis buku Jutawah Hartanah) menyarankan setiap kita perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10 % daripada kekayaan kita dalam bentuk emas sebagai ‘insurans’ kekayaan.

14702360_1322970924380965_3172875581293387706_n
Maka, mulakan simpanan emas mulai sekarang kerana ia adalah wang sebenar. Emas telah digunakan oleh ribuan tahun dahulu lagi sebagai transaksi jual beli sehinggalah Barat mendominasi ekonomi dunia dan berjaya mempengaruhi negara dan semua penduduk di atas bumi untuk menyakini mata wang US Dollar sebagai transaksi sebenar. Ini kesilapan besar yang kita perlu tanggung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s