Umum

INFLASI MENCECAH 5% BULAN MAC

17457872_363794134014761_8553977297693608127_n

Petikan akhbar The Sun, 28 Mac 2017

Sebagai pendidik, apabila diajukan soalan apakah makna ‘inflasi’ dalam kalangan pelajar, rata-ratanya jawapan mereka adalah ;

“Harga barang naik, cikgu”

“Barang jadi mahal, cikgu”

Bahkan, bukan pelajar sahaja. Ramai masyarakat awam juga berpandangan sama. Ini disebabkan oleh minda kita telah dipaterikan sedemikian.

Sebenarnya, hakikat sebenar maksud inflasi adalah ‘kuasa beli duit yang semakin susut’. Kalau inflasi 5%, maksudnya kuasa beli duit susut 5% berbanding tahun sebelumnya.

Maksudnya, dengan nilai not Ringgit Malaysia (RM) yang sama seperti RM1 pada tahun 1990-an dan tahun 2017, kemampuan atau kuasa beli RM1 tersebut sudah tidak sama lagi. Malahan, kuasa belinya menjadi semakin kecil.

Contohnya, jika RM1 pada tahun 1990-an boleh membeli 10 ulas pisang goreng, namun pada masa sekarang RM1 yang sama hanya mampu membeli 5-6 ulas pisang goreng. Nilai duit yang sama. Tetapi kuasa belinya semakin mengurang. Jika berkeinginan juga untuk dapatkan 10 ulas pisang goreng, seseorang itu kena tambahkan lagi not RMnya untuk menunaikan hajatnya.

Demikianlah inflasi.

Begitu juga, kalau simpan dalam Tabung Haji dapat dividen cuma 5%, nombor dalam akaun bertambah tapi hakikatnya kekayaan kita tak bertambah. Nilai simpanannya telah dimakan oleh inflasi. Namun, malangnya berapa ramai yang menyedari hakikat ini dek mata dikaburi oleh angka yang bertambah walhal tiada pertambahan pun dari segi kekayaannya.

Sebab itu, jika kenaikan gaji tidak melepasi 5 % setahun, ini bermakna kita sebenarnya lebih miskin berbanding tahun sebelumnya. Atas dasar ini, kita masih merasa terbeban dan bahkan bebanan semakin berat walaupun kita telah merasakan kenaikan gaji. tahunan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s