PENGGUMPUL KOLEKSI EMAS

Biasanya ada tiga kategori manusia yang berkaitan dengan logam emas fizikal.

  1. Penyimpan emas
  2. Pelabur emas
  3. Peniaga emas

Namun, sekarang ada kategori yang keempat iaitu,

PENGGUMPUL KOLEKSI EMAS

Golongan ini boleh dikatakan penyimpan, pelabur dan juga peniaga kerana hasil daripada hobi mereka ini ianya boleh mendatangkan ganjaran yang berbaloi.

Mereka akan membeli apa sahaja koleksi emas di pasaran dan ada yang sanggup memesan daripada kawan yang berada di luar negara untuk mendapatkan koleksi emas yang lebih menarik dan sukar didapati dalam pasaran tempatan.

Maka, tidak mustahil mereka mempunyai dan memiliki pelbagai koleksi emas yang terdiri daripada jenama untuk dijadikan sebagai simpanan dan sumber rezeki.

Atas wujudnya kumpulan ini, maka Public Gold telah mengambil pendekatan berani dan boleh dianggap berjaya dengan mengeluarkan pelbagai koleksi emas 1 gram yang beraneka corak dan design mengikut tema tertentu sehingga menjadikan ia koleksi yang dicari-cari oleh penggemar emas.

18195163_10208855044355391_8325052909027952713_n

18157360_10208855277161211_4837489158060776781_n

Bahkan, ianya bukan sahaja telah menarik minat golongan penggumpul emas, malah kanak-kanak pun suka menggumpul koleksi emas pelbagai corak ini melalui simpanan ibu bapa masing-masing menjadikan ia satu hobi sihat yang bernilai dalam jangka masa ke hadapan.

Andaian, apabila anak-anak dan golongan muda dari peringkat awal sudah didedahkan dengan simpanan emas, ini banyak membantu mereka dari segi kewangan pada satu jangka masa depan khususnya dalam keadaan mereka tika dewasa memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menyambung pelajaran di universiti, membeli hartanah dan modal perniagaan. Sekurang-kurangnya simpanan emas mereka dalam membantu dalam menampung kos hidup dan bagi memulakan pelaburan serta perniagaan.

Pada waktu ini, harga emas di pasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Kedai-kedai Emas Malaysia (FGJAM) adalah RM230/gram bagi emas ketulenan 999.9. Maka, untuk mendapatkan koleksi emas Public Gold ini, syarikat telah menetapkan pada harga runcit dengan nilai RM220/gram.

7 mei
Namun, sekiranya ingin penjimatan yang lebih banyak, masyarakat yang ingin mulakan simpanan koleksi sebegini disyorkan untuk membuka akaun Gold Accumulation Program (GAP). Harganya yang lebih rendah ditambah dengan kos premium masih menjadikan anda mampu memilikinya dengan harga yang murah.

Contohnya, pada hari ini (7 Mei 2017) harga emas GAP Public Gold adalah RM186/g dan jika ditambah dengan kos premium (Semenanjung: RM 5 dan Sabah/Sarawak: RM10),

  1. RM191/g (Semenanjung)
  2. RM196/g (Sabah/Sarawak)

Pilihan di tangan pengguna sendiri untuk memulakan simpanan emas. Inginkan penjimatan, boleh buka akaun GAP dan sebarang pertanyaan lanjut, saya sedia membantu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s