GAP / Tips

CARA MULAKAN SIMPANAN EMAS MODAL KECIL

18268362_1654771047870565_9102903156395679010_nSebenarnya, pada hari ini tidak perlu modal yang besar untuk memulakan simpanan emas. Dengan modal tidak melebihi RM200 pun sudah boleh bermula simpan emas. Apa yang penting pada permulaan adalah mula sahaja dulu minima simpan 1 gram.

Apabila sudah mula menyimpan, barulah senang nak faham ilmu simpanan dan pelaburan emas. Ini adalah kerana penyimpan sudah ada harga “benchmarking” atau penanda aras sendiri, sama ada harga emas semakin mahal atau rendah.

Sebelum membuat simpanan dan pelaburan emas, saya menyarankan agar bakal penyimpan sudah pun menyimpan duit kecemasan (RM tunai) dalam bank sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Lagi banyak daripada itu, itu bermakna lagi baik. Contohnya, jika gaji sebulan anda adalah RM4,000, maka anda perlu ada simpanan tunai di bank paling minima sebanyak RM 12,000 (RM4,000 x 3 bulan). Selebihnya, anda perlu menyimpan dalam bentuk aset seperti hartanah ataupun paling mudah, simpanan emas.

Mengapa perlu ada duit kecemasan ini? Kita tidak tahu jangkaan perkara yang boleh berlaku dalam kehidupan kita. Kemalangan. Kerosakan kereta. Anak sakit masuk hospital dan pelbagai lagi kejadian di luar kawalan kita. Sekurang-kurangnya kita boleh menggunakan duit ini untuk menampung segala kos tadi.

Walaupun tiada simpanan yang mencukupi minima 3 bulan, jika nak mula simpan emas juga, saya syorkan mula sahaja dulu dengan minima 1 gram. Sekurang-kurangnya, ini akan memberikan satu motivasi untuk aktif mengumpul aset atau harta. Sambil simpan emas, sambil juga fokus cukupkan simpanan duit kecemasan.

Bagi yang ingin memulakan simpanan emas secara kecil-kecilan, saya kongsikan melalui dua kaedah di bawah yang saya merasakan setakat ini adalah pilihan yang paling ideal untuk bermula.

1.  Beli emas melalui akaun GAP Public Gold

Kini, syarikat emas Public Gold mempunyai satu alternatif yang paling mudah untuk menyimpan emas iaitu melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP). Ianya adalah satu kaedah yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang berhajat untuk menyimpan emas secara sedikit-sedikit dengan modal yang kecil. Akaun GAP ini boleh bermula dengan hanya mengalihkan nilai RM sebanyak RM100 atau boleh juga dengan minima 1 gram emas (mengikut harga GAP secara harian).

Kaedah pembelian GAP ini sangat mudah dengan hanya menggunakan internet dan boleh dilakukan secara perbankan internet ataupun melalui memasukkan nilai RM di mesin Deposit Tunai (CDM). Kaedah ini adalah sama sahaja konsepnya seperti akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH).

PP0001E

Contoh edisi 1 gram New Born, Public Gold yang boleh

dikeluarkan daripada akaun GAP.

Sungguhpun ianya akaun emas, tetapi kita boleh mengeluarkan simpanan emas kita dalam bentuk emas fizikal dan disimpan kita sendiri. Namun, bagi sesiapa yang mempunyai masalah seperti takut untuk simpan sendiri, penyimpan boleh membiarkan simpanan emasnya dalam akaun GAP secara percuma di bawah kawalan Public Gold. Untuk anda memahami lebih lanjut tentang akaun GAP, boleh baca dan muat turun manual yang saya kongsikan di GOLD ACCUMULATION PROGRAM PG KEMASKINI_v2.

2.  Beli jongkong/ goldbar emas 1 gram.

Mengikut harga pasaran, harga 1 gram pada hari ini adalah sekitar RM215- RM230. Kini, semakin banyak syarikat yang menjual pelbagai edisi emas 1 gram seperti di Poh Kong, Habib Jewels, Wah Chan dan juga syarikat atas talian, Harimau Mint Gold dan Powergold.

Bukan kerana atas kapasiti sebagai seorang dealer Public Gold, bagi yang membeli emas 1 gram dari syarikat atau kedai emas selain dari Public Gold, sebenarnya harga per gramnya adalah lebih mahal dan susut nilai adalah lebih tinggi. Maksudnya, sekiranya dijual semula emas tersebut di kedai membelinya, susut nilainya boleh sehingga mencecah 20%.

1 gram Pamp (Habib Jewels) dan 1 gram Bunga Raya (Poh Kong)

Maka, ini satu kerugian jika dijual dalam jangka masa pendek. Ini amat berbeza dengan Public Gold, di mana nilai susut nilai untuk edisi 1 gram jika dijual semula adalah sekitar 9 % sahaja.

Jadi, daripada dua kaedah ini, saya merasakan cara yang paling mudah dan murah adalah dengan membuka akaun GAP sebagaimana kaedah #1 tadi.

Insha Allah. Dengan tips yang serba ringkas ini, ianya dapat membantu anda membuat keputusan dalam memulakan simpanan emas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s