BELI EMAS SECARA ANSURAN (EPP)

“Mudahnya beli emas Public Gold macam shopping beli tiket Air Asia atau lazada”

Komen seorang rakan yang sudah mula mengenali dan mula menyimpan emas jenama Public Gold. Sistem pembelian emas secara atas talian yang dibuka selama 24 jam setiap hari selama 365 hari/setahun sangat memudahkan penyimpan untuk beli dan tambahkan simpanan masing-masing.

Bila-bila masa. Kat mana-mana pun boleh. Asalkan ada internet.

Baiklah. Kali ini saya ingin membuat perkongsian dengan pembaca tentang salah satu kaedah yang ditawarkan oleh Public Gold untuk memudahkan penyimpan atau pelabur dalam menambah simpanan emas masing-masing dengan cara yang paling mesra pengguna iaitu ;

EASY PAYMENT PURCHASES (EPP) atau kaedah Pembayaran secara Berperingkat.

  1. Kaedah ini sangat sesuai untuk pembeli yang membuat belian besar secara bayaran ansuran.
  2. Syarat pembelian menggunakan kaedah ini adalah untuk belian berjumlah RM500 ke atas.
  3. Tempoh minima ansuran adalah selama 4 bulan.
  4. Bagi item yang besar melebihi 250 gram emas, pembeli boleh pilih untuk membuat ansuran selama 10 bulan.
  5. Caj admin dikenakan sebanyak 0.5% daripada jumlah keseluruhan pembelian. (minima RM5)
  6. Harga emas dikunci ketika pembelian dan ianya kekal dibayar selama 4 bulan tanpa dipengaruhi harga emas semasa naik atau turun sepanjang tempoh ansuran.
  7. Bagaimana sekiranya saya melangsaikan ansuran lebih awal? Tiada masalah. Ianya boleh dilakukan mengikut kemampuan pembeli.

Nak tanya, adakah cara ini menepati hukum syariah? Alhamdulilah, kaedah ini sudahpun disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisor Group. (panel Syariah)
Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu. 

+ Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan                             (securitydeposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga                          tersebut.

 + Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses                       pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan       bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan)                     secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

16003065_1254073794629896_4642811682447966880_n.jpg

Sebaik sahaja ansuran bulanan selesai dilaksanakan, pembeli atau penyimpan boleh mengambil emas fizikal miliknya di cawangan Public Gold yang menjadi pilihannya.

Kaedah ini sangat bersesuaian kepada pembeli atau penyimpan yang mempunyai modal yang besar khususnya RM500 ke atas. Kaedah ini juga sangat mesra kepada pengguna yang ingin melakukan lock harga yang tepat khususnya ketika harga emas menurun bagi menikmati keuntungan membeli harga rendah.

Seterusnya, pembaca boleh baca dan ikuti proses-proses dilalui dalam menggunakan kaedah EPP ini sebagaimana rajah di bawah ;

#Langkah 1:  

Login akaun seperti biasa (No.PG Code dan Password). Bagi pembeli baharu, boleh klik ‘New Register Customer’ terlebih dahulu dan isi butiran maklumat. (Sekiranya, perlukan bimbingan, boleh hubungi saya WA 014-632 3445 – Abdul Shahrom)

#Langkah 2:

Klik pada menu “Order” di bahagian atas dan pilih “Purchase Order”.
1.png

#Langkah 3: 
Pilih mana-mana item yang diinginkan. Contoh di bawah, saya membuat pembelian bagi item 10 gram emas, dengan harga semasa adalah RM 1,877.00 dan klik “Add to cart”.

2.png

3

#Langkah 4:

Pilih tempat collect emas sebaik sahaja habis pembayaran. Pembeli boleh memilih sama ada mengambil di cawangan Public Gold atau cawangan Pos Arrahnu (partnership Public Gold). Yang penting, pembeli berasa mudah dan selesa untuk mengambil item emas miliknya.

5

#Langkah 5:

Pilih kaedah pembayaran samada secara “Full Payment” atau “EPP”. Sebagai contoh, saya memilih kaedah EPP.

6.png

Sebaik sahaja memilih kaedah EPP, secara langsung paparan di sebelah kanan memaparkan jadual pembayaran ansuran secara bulanan.

 

# Langkah 6:
Klik ‘myself’ untuk menunjukkan bahawa pembeli akan mengambil sendiri item emasnya.

 

#Langkah 7:

Setelah muktamad dengan jadual ansuran bulanan, klik butang ‘I Agree and Understand of the T&C’ dan seterusnya klik pada “Confirm and Proceed Payment”.

7

 

#Langkah 8:

Paparan ini menunjukkan bahawa pembelian telah diterima dan akan dirujuk terus kepada Public Gold sebagai satu invois pembelian.

8.png

 

#Langkah 9:

Dalam masa 48 jam hari bekerja, Public Gold akan menghantar emel pengesahan pembelian “Customer Sales Order (CSO)” ke inbox emel pembeli.

10.png

 

#Langkah 10:

Pembayaran ansuran pertama perlu dibuat dalam masa 24jam selepas menerima pengesahan pesanan dari pihak Public Gold ini.

Manakala baki tiga  bulan ansuran seterusnya mengikut tarikh yang ditetapkan sehingga pembayaran penuh diselesaikan.

11.png

Sebaik sahaja ansuran bulanan selesai, pembeli sudah boleh mula mengambil item emas miliknya.

Nota Penting:

Pelanggan atau pembeli hendaklah membawa bersama salinan asal slip pembayaran asal (seperti resit CDM-Cash Deposit Machine atau salinan pembayaran melalui perbankan internet) serta salinan Proforma Invois sebagaimana gambar di atas sebagai bukti dan dokumen sokongan untuk rujukan pihak Public Gold.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s